Tuesday, November 01, 2011

Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah



Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Thursday, October 13, 2011

~~~my 1st try~~~

1st time wat apom polkadot...ade yg jadi ade yg x jd ade yg brlobang-lobang....huhuhuhu....tapi...sy puas ati sbb sy sgt teruja nk buat kueh yg cumil ni....keterujaan brtambah-tambah sbb mggunakan ramuan yg x meleret-leret...huhuhuhuhu.....kesimpulannye....sy sukeeeee.....

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan bulan al-Quran

Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran, bulan yang padanya permulaan diturunkan al-quran. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 185:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانٌ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنـَـتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ
y
“Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil). oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu."

Membaca al-Quran itu ialah satu perniagaan yang sangat menguntungkan pada setiap tempat dan masa (sepanjang tahun). Tetapi dalam bulan ramadhan, ia mempunyai kedudukan dan tempatnya yang sangat tinggi. Rasulullah s.a.w. memberi penekanan yang lebih kepada al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana beberapa sebab iaitu wahyu pertama, dari luhmahfuz ke baitul ‘izzah dan tadarus bersama Jibril.

1.       Wahyu pertama
Permulaan turunnya al-Quran adalah pada bulan Ramadhan, pada malam Jibril a.s. datang membacakan surah al-‘Alaq, ayat 1-5 kepada baginda.

2.       Dari Luhmahfuz ke Baitul ‘Izzah
Pada bulan ramadhan juga, al-Quran diturunkan dari Luhmahfuz ke langit dunia. Sebagaimana riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. dan telah disebut oleh para ulama salaf bahawa al-quran itu diambil dari Luhmahfuz dan diturunkan ke Baitul ‘Izzah di langit dunia (yang paling bawah) pada malam Lailatulqadar.
Ada tiga pendapat yang mengatakan tentang tarikh al-Quran diturunkan iaitu
a.        Pendapat pertama: malam 17 ramadhan
b.       Pendapat kedua: 21 ramadhan
c.        Pendapat ketiga: 24 ramadhan

3.       Tadarus bersama Jibril
Jibril a.s. datang bertemu Rasulullah s.a.w. untuk bertadarus al-Quran pada setiap malam di bulan ramadhan.
Daripada Ibn Abbas r.a.: “Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang paling pemurah dan sifatnya ini berganda-ganda (menjadi lebih pemurah) pada bulan ramadhan apabila jibril datang menemuinya. Pertemuan ini pada setiap malam di bulan ramadhan. Maka sifat pemurah rasulullah s.a.w. lebih laju daripada angin yang kencang.” Hadis riwayat bukhari dan muslim.

Maka para ulama telah membuat kesimpulan bahawa disyariatkan agar mengkhatamkan al-quran pada bulan ramadhan kerana pada setiap tahun, Rasulullah dan Jibril telah khatam semua ayat al-quran yang telah diturunkan kepada baginda sebelumnya. Malah pada ramadhan tahun terakhir sebelum kewafatan baginda, mereka telah khatam sebanyak 2 kali.

Setiap muslim digalakkan untuk mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali atau lebih pada setiap ramadhan. Maka, hidupkanlah bulan ini dengan tilawah, tadarus serta mengamalkan al-quran sepenuhnya kerana pada bulan ini syaitan-syaitan telah dibelenggu. Inilah peluang kita untuk meraih takwa dan ganjaran pahala amal ibadat yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. untuk hamba-hambanya yang beriman. Wallahua’lam.

Monday, August 08, 2011

ذكر مناجات

Mari semua, kita sama-sama membasahkan lidah kita di bulan yang penuh barakah ini dengan berzikir kepada Maha Pencipta kita. ^_^


ذكر مناجات

سُبْحَانَ اللّهِ وَالْحَمْدُ لِلّهِ وَلاَ اِلَهَ إلاَّ اللّهُ وَاللّهُ اَكْبَرُ
Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah serta tiada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah yang Maha Besar

اللّهُ، اللّهُ، اللّهُ، يَا اللّهُ..........
Allah, Allah, Allah, Wahai Allah….

حَسْبِي رَبِّي جَلَّ اللّهِ مَا فِي قَلْبِي غَيْرُ اللّهِ نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّه،
Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku, tiada di dalam hatiku melainkan Allah Cahaya Muhammad s.a.w,

تُبْنَا اِلَى اللّهِ، وَرَجَعْنَا اِلَى اللّهِ، وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَا،
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah, dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَ يَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ، وَمَنْ هُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدُ،
Maka Maha Suci Allah yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh menguasai kekuasaanNya, (iaitu) Dialah satu-satunya di atas Arasy

مَلِيكٌ عَلَى الْعَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنٌ، لِعِزَّتِهِ تَعْنُو الْوُجُوهُ وَتَسْجُدُ،
Raja yang Maha Gagah yang menguasai kerajaan langit, kerana kebesaranNya itu, maka tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)

حَسْبِي رَبِّي جَلَّ اللّهِ مَا فِي قَلْبِي غَيْرُ اللّهِ نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّه،
Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku, tiada di dalam hatiku melainkan Allah Cahaya Muhammad s.a.w,

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللّهِ كَاشِفَهْ،
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah sebagai penunjuk ajar

لاَ اِلَهَ إلاَّ اللّهُ، الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينَ،
Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja yang Maha Besar

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّهِ، صَادِقُ الوَعْدِ الأمِينِ،
Muhammad itu Pesuruh Allah, yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

أسْتَغْفِرُ اللّهَ، إنَّ اللّهَ كَانَ تَوَّابًا
Aku memohon ampun daripada Allah, sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat

Saturday, August 06, 2011

Ramadhan 2011 pertama bersama keluarga ^_^

walaupun ramadhan pertama bersama keluarga tahun ni adalah pada 6 Ramadhan...nikmatnya tetap terasa...^_^
Alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan itu...
Alhamdulillah juga kerana masih berkesempatan untuk menjadi salah seorang makmum solat tarawih di masjid tempat kelahiran...
pertama kali di dalam hidup ini menjejakkan kaki ke bazar ramadhan bersama ibu, ayah, kakak dan adik...hanya setelah seusia ini baru dapat merasakan pengalaman itu...semoga masih diberi kesempatan untuk tahun-tahun berikutnya...^_^
إنشاء الله، والله أعلم

Thursday, August 04, 2011

Andai tak mampu menanggung lagi......

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar mengharum...Dia beri kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu...diberi ulat berbulu....
Aku sedih dan kecewa lantas berputus asa....
Namun aku kembali tersedar bahawa aku mesti terus berdoa...
Lalu....kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu2 yang cantik berseri....
Itulah jalan Allah...indah pada masanya.
Dia tak memberi apa yang kita harapkan tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadang kita bersedih dan terluka namun nun jauh di atas sana.....segalanya telah diaturkan dengan baik dalam kehidupan kita...
Teruslah berdoa kepadaNya...kerana keajaibannya...tiada siapa dapat meneroka...melainkan Dia... ^_^

اهلاً يا رمضان


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi.)