Friday, May 25, 2012

mengutip kekuatan terakhir di bumi semenanjung

Assalamualaikum w.b.t.

dah lame rasenye x ketuk keybord utk semanis qaseh ni... ... ...agak banyak urusan yang perlu dilaksanakan sebelum berangkat meninggalkan bumi semenanjung. . .ade lagi dua minggu masa yang tinggal untuk mengutip segala kekuatan sebagai bekalan di sana. . .bumi di bawah bayu adalah destinasi pertama dipostingkan untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. . .semoga segala-galanya dipermudahkan. . .

dalam sibuk mempersiapkan kelengkapan diri, hari ini mendapat perkhabaran sedih apabila teman seperjuangan terlibat dalam nahas jalan raya. . .sedang bersiap-siap di awal pagi untuk pergi medical check-up, tiba-tiba mendapat pesanan ringkas dari sahabat menyatakan teman seperjuangan berada di hospital kerana kemalangan. . .lalu, haluan pagi tadi terus berubah destinasi apabila tak senang lagi duduk kalau tak dapat menjenguk. . .masih ada dua minggu untuk siapkan semua dokumen. . .slow talk ngan mak & ayah untuk tangguhkan dulu medical check-up. . .hati tak tenang. . .

walau hati sedih melihat keadaan beliau, tetap dikuatkan juga untuk memberi semangat kepadanya. . .semoga cepat sembuh. . .sedih kekurangan sorang dalam penerbangan nanti. . .mungkin ada hikmah yang sudah tertulis. . .
apa-apa pun semoga kak zu tabah menghadapi ujian yang menimpa. . .juga teman seperjuangan yang akan terbang bersama-sama nanti, semoga jalan hidup kita dipermudahkan di sana nanti. . .

. . . . . . semanis qaseh. . . . . . .

2 comments:

teng Q for ur comment ^_^